Tuesday, July 17, 2007

...............................

emmm... knapa aku buat title '...............'?... de sbbnye.......
bile lihat posting ku yg lepas..... aku agak sedih..... bukan sbb awek lari mahupun kucing ku 'tiada'... tetapi... kerana pada keesokkannyer (29 hb), telah berlakunyer tragedi yg menghibakan.....


pada petang 29hb june, aku telah dikhabarkan ayah ku berada di hospital...... aku terkejut kerana ayah ku belum pernah dimasukkan ke hospital.... rupanyer, ayah ku telah diserang strok...... ketika itu, semua keluargaku terkejut dan sedih................

sedih kerana pada esoknyer (30hb june), ayah ku telah janji untuk teman ku ke subang untuk menghadiri interview TAME. (seperti aku nyatakan pada post yg lepas). namun yang paling menyedihkan, apabila aku mengenang kakak ku yang ke-3, kerana dia akan dinikahkan pada 7hb julai. hanya satu minggu sahaja tinggal....! sedih memang sedih, namun aku dan keluarga ku menganggap ini merupakan satu ujian dari Allah SWT yang ingin menguji umat-Nya menghadapi ujian yang besar ini.....

walaubagaimanapun, majlis akad nikah tetap diteruskan. dalam masa seminggu, ayah ku telah menunjukkan perubahan walaupun dia masih belum boleh untuk bertutur dan menggagahkan tangan dan kaki sebelah kanan...........

tiga minggu berlalu, banyak perubahan telah berlaku pada diri ayah ku. walaupun masih belum boleh bertutur, namun anggota badannya sudah boleh bergerak sedikit walaupun belum gagah lagi. sekarang ni, ayah ku telah berurut dan melakukan fisio dan aku yakin ayah ku dapat pulih dan sihat.

kepada yang melihat blog ini, sama-sama lah berdoa agar ayah ku dapat pulih.

untuk itu, sekian.............

No comments: